Friday 22 June 2012

Kursus Motivasi Pemimpin Muda Sekolah

26 Mac 2012. Program Motivasi untuk pemimpin muda telah dijalankan di empangan Durian Tunggal . Pemimpin muda telah menaiki 2 buah bas untuk ke sana bersama dengan 6 orang guru. Pihak sekolah telah menjemput fasilitator bagi menjalankan aktiviti untuk para pemimpin. Aktiviti yang dijalankan dari pagi hingga ke petang diharap dapat membantu membentuk sahsiah yang baik untuk menjadi pemimpin di sekolah.Di antara aktiviti ialah mencari gula-gula dalam tepung, meniru bunyi haiwan . Aktiviti yang dijalankan sangat menarik hingga murid mengulangnya di dalam kelas.

Majlis Perlantikan Pemimpin Muda Sekolah

6 Mac 2012. Satu majlis gilang gemilang telah diadakan untuk melantik pengawas-pengawas baru pada tahun ini. Majlis telah menjemput ASP Tuan Gunasegaran a/l Vengasalam untuk merasmikan majlis. Selepas ucapan perasmian semua pengawas baru menerima sijil perlantikan dan lencana. Pengawas -pengawas membaca ikrar untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin . Selamat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab untuk SK.CIJ (2)..

Majlis Pelancaran Nilam 2012

28 Feb 2012, Majlis Pelancaran Program telah di buat secara rasmi.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn Maimunah Anas GPK Pentadbiran . Majlis dimulakan dengan ucapan , penyampaian hadiah Nilam Terbaik 2011 bagi setiap kelas dan juga gimik pelancaran. Pn Maimunah menandatangani' Buku Besar' sebagai menyatakan  Program Nilam telah bermula dengan rasminya. Murid-murid bacalah buku sebanyak mungkin dan jadikan membaca sebagai satu amalan.

Thursday 27 October 2011

Program Nilam 2011

Program Nilam pada tahun ini telah berakhir pada 30 Sept 2011. 5 orang telah berjaya mencapai Nilam pada Tahap Jauhari. Ada 185 orang yang telah melepasi Gangsa. Majlis Anugerah Nilam akan dijalankan untuk memberikan sijil kepada murid yang berjaya. Tokoh Nilam pada tahun ini ialah Gan XiaoTian (5H) bagi Tahap 2 dan Ong Chiew Hui (3H) bagi Tahap 1. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Lima orang yang sudah mencapai Nilam (lebih 360 buah buku) ialah Lendra Abigail De Costa -6H (363 buah buku), Gan Xiao Tian - 5H (588 buah buku),Ong Chee Hui  -5H (402 buah buku), Pavitraa Annandan -5H (435buah buku) dan Ong Chiew Hui -3H (452 buah buku)

Thursday 15 September 2011

Keputusan Pertandingan Melukis Kulit Buku

Pertandingan ini dijalankan secara berperingkat. Disertai oleh murid tahap 2 sahaja
Keputusan : Pemenang Pertama : Vanushaa Emily 5H
                   Pemenang Kedua   : Esther Chin 5H
                   Pemenang Ketiga   : Carmen Goh 5J
                   Hadiah Saguhati : 1. Nur Haziqah Husna 5H
                                              2.Chong Wei Yi 5J
                                              3. Aliah Aleeyana 5H
                                              4. Puujaa Elangovan 4H
                                              5. Nursyamimi Izzati 5J
                                              6. Norfazrin Irayu 4J
                                              7. Aliah Abu Bakar 5H

Wednesday 10 August 2011

Kuiz PSS

Maaf soalan belum dicetak lagi tunggu esok ya...

Minggu Pusat Sumber Sekolah

8 hingga 20 Ogos telah dipilih sebagai tarikh melaksanakan Minggu PSS. Pertandingan yang dijalankan ialah
1. Mewarna kulit buku bagi Tahap 1 - Guru Pn Norhayati Noor Mohamed
2. Melukis kulit buku bagi Tahap 2 - Guru Pn Norsaidah Ali ( 30 org murid shj)
3. Mengarang Esei Tahap 2 - Pn Ramlah Ramli
4. Kuiz PSS - Pn Norlia Sabtu (Dapatkan Soalan ada di PSS dan Blog)
5. Promosi Buku Baru- Pengawas PSS
6. Pengunjung Blog bertuah - En Ab Fatah Ubaidilah (daftar sebagai follower Blog sekolahatau Blog PSS)
7. Pembaca Terbanyak Julai - En Yafei Sulaiman
Jualan kad raya ,buku nota, pelekat ,penanda kunci juga ada dijalankan
Mari mari ambil bahagian sambil menambah ilmu. Jangan lepaskan peluang hadiah menarik disediakan.