Wednesday 10 August 2011

Kuiz PSS

Maaf soalan belum dicetak lagi tunggu esok ya...

Minggu Pusat Sumber Sekolah

8 hingga 20 Ogos telah dipilih sebagai tarikh melaksanakan Minggu PSS. Pertandingan yang dijalankan ialah
1. Mewarna kulit buku bagi Tahap 1 - Guru Pn Norhayati Noor Mohamed
2. Melukis kulit buku bagi Tahap 2 - Guru Pn Norsaidah Ali ( 30 org murid shj)
3. Mengarang Esei Tahap 2 - Pn Ramlah Ramli
4. Kuiz PSS - Pn Norlia Sabtu (Dapatkan Soalan ada di PSS dan Blog)
5. Promosi Buku Baru- Pengawas PSS
6. Pengunjung Blog bertuah - En Ab Fatah Ubaidilah (daftar sebagai follower Blog sekolahatau Blog PSS)
7. Pembaca Terbanyak Julai - En Yafei Sulaiman
Jualan kad raya ,buku nota, pelekat ,penanda kunci juga ada dijalankan
Mari mari ambil bahagian sambil menambah ilmu. Jangan lepaskan peluang hadiah menarik disediakan.

Bengkel Membuat Blog Panitia

Pada 30 Jun 2011 bertempat di Bilik Komputer PSS telah menganjurkan bengkel membina blog bersama dengan Jawatan Kuasa LDP sekolah. Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan blog bagi setiap panitia mata pelajaran. Hadiah disediakan oleh Guru Besar. Bengkel berlangsung dengan lancar dan semua panitia berjaya mempunyai blog sendiri. Hadiah pertama dimenangi oleh panitia Sains, kedua panitia PJK, ketiga panitia Matematik dsan keempat panitia Kajian Tempatan. Tahniah kepada yang telah berjaya. Harapan saya Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan berita terbaru.