Friday 22 June 2012

Kursus Motivasi Pemimpin Muda Sekolah

26 Mac 2012. Program Motivasi untuk pemimpin muda telah dijalankan di empangan Durian Tunggal . Pemimpin muda telah menaiki 2 buah bas untuk ke sana bersama dengan 6 orang guru. Pihak sekolah telah menjemput fasilitator bagi menjalankan aktiviti untuk para pemimpin. Aktiviti yang dijalankan dari pagi hingga ke petang diharap dapat membantu membentuk sahsiah yang baik untuk menjadi pemimpin di sekolah.Di antara aktiviti ialah mencari gula-gula dalam tepung, meniru bunyi haiwan . Aktiviti yang dijalankan sangat menarik hingga murid mengulangnya di dalam kelas.

Majlis Perlantikan Pemimpin Muda Sekolah

6 Mac 2012. Satu majlis gilang gemilang telah diadakan untuk melantik pengawas-pengawas baru pada tahun ini. Majlis telah menjemput ASP Tuan Gunasegaran a/l Vengasalam untuk merasmikan majlis. Selepas ucapan perasmian semua pengawas baru menerima sijil perlantikan dan lencana. Pengawas -pengawas membaca ikrar untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin . Selamat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab untuk SK.CIJ (2)..

Majlis Pelancaran Nilam 2012

28 Feb 2012, Majlis Pelancaran Program telah di buat secara rasmi.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn Maimunah Anas GPK Pentadbiran . Majlis dimulakan dengan ucapan , penyampaian hadiah Nilam Terbaik 2011 bagi setiap kelas dan juga gimik pelancaran. Pn Maimunah menandatangani' Buku Besar' sebagai menyatakan  Program Nilam telah bermula dengan rasminya. Murid-murid bacalah buku sebanyak mungkin dan jadikan membaca sebagai satu amalan.